Sudah terlalu lama tak menulis dalam blog ini,bukannya lupa tapi amat sibuk dengan tugasan negara. Cadangnya nak menulis entry baru sebelum bercuti tahun baru cina tetapi kesuntukkan masa pula,bila cuti saja akak dan suami kalau tiada tugasan mesti travel. Tak kiralah jauh atau dekat... balik kampung pun travel juga kan. Gambar di bawah akak ambil malam tahun baru cina di Hadyai,tak serta kumpulan meletupkan bunga api,akak hanya tengok orang dok bakar bunga api dari koridor bilik hotel kami saja. Ok..lah akak tak mahu tulis panjang lebar lagi hanya nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada rakan pembaca yang meraikannya....
Selasa, 24 Januari 2012
Selamat tahun baru cina
Khamis, 29 Disember 2011
Facebook SEMBANG BERISI
Lama sungguh akak tak kemas-kini blog ini.Mungkin ramai juga dah terlupa nama blog ini.Bukan sengaja tak menulis cerita baru,maklumlah bila cuti bermula akak bercutilah juga dan berkebetulan cuti masuk hutan Borneo tak ada line internet. Malah line telepon pun turut tiada,kami kesunyian di hutan Borneo menikmati pemandangan hijau flora dan fauna ciptaan Allah.Balik dari cuti sibuk pula berkhidmat untuk negara,bersambung pula akak menjadi bibik sementara menjaga bonda yang sakit di hospital.Alhamdulillah bonda dah beransur pulih.Bagi yang belum mengetahui gambar burung di atas merupakan gambar profail facebook untuk akak menerbitkan tulisan@entry dari blog yang akak tulis. Akak namakan facebook itu dengan nama SEMBANG BERISI,harap adalah dikalangan pembaca sekalian sudi menjadi rakan burung ini. Pembaca juga boleh menjadi rakan facebook personal akak tapi pembaca kenalah baca blog CERITAKU UNTUK MU.
Jumaat, 11 November 2011
Sabar....dinda,sekejab je lagi
Sabar itu separuh dari iman. Kesakitan yang kita rasa adalah nikmat untuk kita lebih rasa bersyukur ketika saat sihat. Bila sakit ....kita akan lebih besyukur kepadaNya.Tak mengapa dinda M sekejab aje sakitnya itu,walau pun sudah 2 hari dinda M jadi penghuni sementara HKL. Sakit...memang lah sakit tapi itulah lumrah...sakit akan hilang bila mana mata dinda M menatap wajah si comey yang bakal tiba tidak lama lagi.Sekejab saja masa berlalu...masa kita kenal dinda M..masih bujang tapi dah jadi tunangan orang.Lepas tu kawen, akak lah antara pengiring terhormat dinda M untuk ke dewan...hahaa,teringat lagi saat itu..sebab jadi pengiringlah dapat duduk meja VVIP. Dah kawen...rezeki badan terus dinda M mengandung,alhamdullilah ...Sekarang akak tak sabar nak menanti kelahiran baby dinda M. Bila dah keluar jangan lupa MMS pada akak tau,tak pun publish di FB. Akak memang sibuk banyakkk sangat minggu depan dan tak sempat nak kiss pipi baby dinda M nanti.Cuti sekolah pula nak pergi cari kayu-kayan di hutan Borneo...so mungkin baby besar baru kita dapat jumpa.
Khamis, 10 November 2011
Bersedia untuk menjelajah jalan Borneo
Akak pinjam gambar di sini dari laman web kawan-kawan. Nanti minggu depan dah mula cuti sekolah akak dan kawan-kawan akak nak jelajah/teroka jalan-jalan di Borneo ini,masuklah juga sipi-sipi Indonesia ini.
Kami akan melalui Pulau Tarakan ini.Tak boleh nak bayangkan jalan di sana dalam situasi cuaca yang berhujan/lembab sejak akhir-akhir ini. Memang jalan yang bakal kami tempuhi itu merupakan jalan bertanah merah atau berlecak/berselut.Apa-apa pun, apa saja perkembangan terkini akak akan ceritakan dalam blog akak yang satu lagi...CERITAKU UNTUK MU
Langgan:
Catatan (Atom)


