Ahad, 25 September 2011

Kek Lanun


Semalam akak dah janji nak paparkan gambar kek lanun ini.Memang rajin sungguh isteri seorang biker ini dan bukan setakat rajin malah seorang yang kreatif juga, Tahniah! kalau akaklah ,,,sah-sah akak tempah aje di kedai atau pada kawan-kawan yang buat. Tak sempat nak buat,tambah pula tangan ini sangat tidak berseni,semenjak usia meningkat ini.

Sabtu, 24 September 2011

Opentable Hari Raya di Showru,Kelana Jaya


Malam tadi bersambung lagi akak beraya sakan dengan kawan-kawan bikers di Showru,Kelana Jaya. Memang meriah sungguh majlisnya,siap semua jemputan berkereta berpakaian raya. Macam budak-budak sekolah cikgu buat jamuan raya semua mesti berpakaian raya,kami yang agak jauh ini dan bermotorsikal hanya berpakaian baju t dan jeans saja.Paling akak juga tengok ialah beraneka juadah yang dibawa ialah sekarang popular stail portluck/alaa...nak buat jamuan masing-masing buat sendiri dan bawa sendiri makanan mereka.Ini antara gambar kek lanun yang menarik perhatian akak dihadiahkan oleh seorang biker dari Seremban (Dato' Zul/Mamoo n Datin Harnie/Mami)...ok itu saja nanti kita sambung entry baru..kisah ini juga tapi gambar lainlah...nak bersiap nak pi keja ni..

Jumaat, 23 September 2011

Jamuan Raya 1 Malaysia

Sekarang hampir setiap  hari kena memenuhi undangan rumah terbuka kawan-kawan. Seronok betul tak perlu bersusah-susah masuk dapur memasak pelbagai perkara. Bawa body dengan perut kosong...ngap-ngap...kunyah-kunyah telan pelan-pelan teguk air dah kenyang. Balik rumah alhamdulillah boleh terus rehat dan bersantai sambil baring-baring.Bukan setakat tempat kediaman,lokasi kerja pun tak terlepas nak rebut peluang juga buat open table ni....gambar di atas akak ambil sempena open table tempat akak cari nafkah...menu memang sedap balik rumah perut dah kenyang dan senak buat suami akak tak perlu risau sebab akak ini glamer dan peramah di tempat kerja,demo tu siap panggil bagi tapau sebungkus nasi dengan lauk sekali air pun depa bagi..bolehlah suami akak makan. Nak melengkapkan menu akak tapau sikit kerabu mangga tu...alaa..gambar atas tu,akak buat dengan rakan-rakan akak.

Jumaat, 9 September 2011

Makan coklat...sakit gigi ke?



Akak memang suka makan coklat,kalau dkna belanja lagi lah gembira hati ini. Adakah sebab makan coklat ini menyebabkan akak terpaksa berjumpa doktor gigi yang cantik hari ini. Tercabutlah sang gigi hari ini. Tahukah anda bila kita makan coklat ini ianya mampu menghambat kolestrol LDL-kolestrol jahat- dapat mencegah sakit jantung koroner,stroke dan kanker/kanser lah...Perlu diingat dalam kandungan coklat ada juga kafein. Bukan saja minum kopi sah ada kafein...coklat pun ada juga. Tapi setahu akak dalam coklat ini ada ANTI KEROSAKKAN gigi seperti tannin,kasein dan asid oksalik. Apa-apa pun kena reda dengan kesakitan ini,maklumlah gigi pun dah setua...tuan badan.

Rabu, 7 September 2011

Gempa bumi di Pulau Sumatera - 6.7 skala Ricther

Pemandangan dari udara Bandar Medan Mac 2011

Berlaku lagi gempa di Pulau Sumatera,satu peristiwa yang amat menakutkan.Akak tak sanggup nak lihat kejadian gempa ini,maklumlah akak sudah ke Banda Aceh melihat sendiri beberapa kesan/akibat tsunami memang menyedihkan dan menakutkan. Mujurlah kita di Malaysia tak berlaku perkara gempa atau tsunami ini.Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Taala.

Isnin, 5 September 2011

Kerja...ooooo....kerja



Kerja...kerja...kerja...hari ini semua kakitangan awam dah mula kerja. Selamat bertugas semua,jalankan tanggungjawab anda dengan penuh semangat.Jangan buat sambil lewa nanti tak pasal-pasal kena marah dengan bos!..hihiiii.... Bagi yang masih dalam perjalanan khasnya ciksu semoga selamat sampai di Putrajaya.

Ahad, 4 September 2011

Hari ni dah sekolah...



Pantai Timur dah sekolah hari ini,raya tetap raya tapi pelajaran perlu diutamakan. Macam mana dengan Pantai Barat para pelajar sekalian dah gosok baju sekolah,kasut dah kapur...Bagus! Lagi satu homework dah siap ke? Bagus! semuanya dah siap, kemas beg sekolah awal-awal ikut subjek apa esok. Malam ini kena tidur awal supaya POWER untuk ke sekolah esok. Cikgu-cikgu pula ...pasti dah bersemangat WAJA nak mengajar anak didiknya...SELAMAT BERTUGAS CIKGU.

Trafik yang sesak...


Biasalah perkara macam ini memang akan berlaku setiap musim perayaan. Rakyat Malaysia harus dipuji....why?? Mereka akan pulang ke kampung halaman setiap musim perayaan,itu masa perayaan kalau masa cuti 3 hari pun mereka tetap pulang ke kampung halaman. Ialah tempat jatuh lagi dikenang,apatah lagi tempat bermain....Kalau di Kelate tu...siap ada kain rentang/banner yang tertulis SELAMAT PULANG ANAK PERANTAU...mesti BANGGA anak perantau. Tempat lain akak tak tahulah...sama je kot! Apa-apa pun SILA BERTOLAK-ANSUR sesama pemandu. KESELAMATAN harus DIUTAMAKAN. SELAMAT KEMBALI ke LOKASI MENCARI NAFKAH.

Sabtu, 3 September 2011

Sakit....siapa susah



Setiap penyakit ada ubatnya,itu janji Allah pada umatnya.Kita kenalah berusaha mencari ubat untuk segala penyakit yang kita alami. Sebaik-baiknya MENCEGAH PENYAKIT.Kalau sakit siapa yang susah,kita sendiri juga yang susah,keluarga bertambahlah susahnya nak menjaga kita di wad.Oleh itu,jagalah pemakanan yang kita ambil di musim perayaan ini,demi KESIHATAN DIRI,

Jumaat, 2 September 2011

Jalan yang sepi...


Sebelum musim perayaan kita boleh lihat dengan jelas jalan pasti sebegini.....tunggulah esok lusa !! ??? Penuh muka depan FB jem...jemm...jemmmmm.....wait n see! Semalam saja Jalan Kota Bharu ke KL dah bersusun,esok...bagaimana agaknya?

Khamis, 1 September 2011

54 Tahun MERDEKA

Rupanya ada juga yang tak ingat umur kemerdekaan negara kita. Lihat tajuk atas tu ..negara kita dah MERDEKA 54 tahun,tak tua tau! tapi semakin matang menuju ke arah KEMAJUAN. Bila negara maju,rakyat pun turut menikmati kemajuan negara kita. Banggalah kita sebab dah MERDEKA dari penjajahan. Jangan lupa pula Bulan September ni akan ada upacara meraikan kemerdekaan negara kita,apa yang penting dan terbaik kita semua pakat Solat Hajat mohon ke Hadrat Allah Taala agar negara kita selamat dari segala ancaman merbahaya dan PALING PENTING KEKAL MERDEKA. MERDEKA UNTUK SEMUA-kita perlu merdeka ZAHIRIAH,BATINIAH....faham-fahamlah sendiri semua dah besar panjang boleh fikir..! Bak kata pelawak Nabil..."Lu Pikir Lah Sendiri!"