Sabtu, 15 Disember 2012

Batu Feringgi

                               

Jom! Santai rehatkan minda kita main pasir di pantai Batu Feringgi. Sambil main pasir sambil urut kaki. Rm25 setengah kalau nak urut kaki...agak mahal juga,tapi kalau dah terdesak mahal bukan ukuran janji selesa selepas diurut. Kesihatan diutamakan.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Jumaat, 14 Disember 2012

Bukan malas tapi kesuntukkan masa

                                                      

Akak tak sempat nak update cerita di blog ini. Bukannya malas..bukan juga terlalu rajin tapi kesuntukkan masa yang tidak dielakkan. Bukan nak mengabaikan tapi terabai secara tidak sengaja. Cuti sekolah dah nak habis,makna holiday akak pun dah nak hampir tamat. Waktu entry ini akak tulis,kami bercuti di Penang. Ok..lah malam dah larut...nak tidur dulu esok nak round Penang.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Jumaat, 12 Oktober 2012

Rujuk

                                                

Akak dah...berbaik semula dengan ni...kalau ada kawan-kawan nak join bolehlah. Jom! Kita meriahkan suasana yang sepi dengan saling bertanya khabar antara kita moga ikatan saling mesra di kalangan kita.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Jumaat, 21 September 2012

Nang Nak

                             

Kasih seorang isteri,dan kesetiaannya terhadap suami hingga ke mati. Mulanya akak ingat cerita ini seram dan menakutkan tapi tak takut pun sampai akhir cerita. Mhngkin terlampau kasih pada seseorang membuatnya merana,biarlah kita kasih dan sayang seseorang berpada-pada. Jangan terlalu mengasihi hingga menyukarkan antara satu sama lain.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Khamis, 20 September 2012

Rezeki

                                           
Published with Blogger-droid v2.0.9

Isnin, 17 September 2012

James Bond

                                     

Semua orang tahu filem ini memang popular,tapi bila menonton filem ni akak sampai tertidur pula. Jangka masa tayangan 2 jam 22 minit memang panjang. Bosan juga pelakon macam baca skrip je... Kalau nak tahu cuba lah tengok.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Jumaat, 14 September 2012

Janji


Published with Blogger-droid v2.0.9

Khamis, 13 September 2012

Alhamdulillah

                                           
Published with Blogger-droid v2.0.9

Rabu, 12 September 2012

Pesanan kakak

                                          
Published with Blogger-droid v2.0.9

Isnin, 10 September 2012

Malam masih muda


Published with Blogger-droid v2.0.9

Ahad, 9 September 2012

Sayang kamu!

                                                
Published with Blogger-droid v2.0.9

Isnin, 3 September 2012

Rawatan susulan


Hari ini akak jadi driver encik suami lagi. Nak buat rawatan susulan,tangannya. Nasib baiklah dekat saja hospital dengan rumah akak. Masuk kerja dulu,lepas tu barulah jadi driver rasmi encik suami. Masyaallah,ramainya pesakit...khabarnya 10 orang doktor saja untuk merawat 800 pesakit hingga lah akak siarkan blog ini. Kasihan doktor.. Kasihan akak dan encik suami menunggu lama.. Dapat pula nombor giliran yang cantik ini... 9080

Published with Blogger-droid v2.0.9

Ahad, 2 September 2012

Sayang awak

                                           
Published with Blogger-droid v2.0.8

Sabtu, 1 September 2012

Textgram

                                            
Akak main-main tab,jumpa aplikasi ini. Maklumlah akak ni bukan lah pandai sangat IT. Suka godek-godek, cuit-cuit. ! Usik-usik,bila silap usik mulakan roger sana sini...padan muka,macam pandai sebenarnya bila kita cuit,godek dan usik sana-sini secara tidak langsung kita belajar ilmu baru. Kalau salah atau silap tu biasalah belajar mestilah sesekali buat salah,tapi tak selalulah. Bila dah pandai dan mahir lajulah kita dalam kerja buat kita. Bagi pembaca yang nak cuba textgram ini,cubalah...menarik juga,akak pun baru beberapa minit lepas try belumlah terror lagi. Dah tu terus nak share dengan kawan-kawan disini... Selamat mencuba kawan-kawan!
Published with Blogger-droid v2.0.8

Jumaat, 31 Ogos 2012

Merdeka 55 tahun


Salam merdeka buat semua. Sambutan belum habis lagi,khabarnya ada lagi acara sambut merdeka di Stadium Bukit Jalil. Semoga yang berada di sana seronok dan menghayati semangat merdeka negara yang ke 55 ini. Rasa boring pula menjelang senja apa lagi akak layan nescafe dengan roti gula bakar ni. Sedap pula bila cicah dengan nescafe panas layan pula siri kartun popular naruto! Jemput,makan semua,diet malam ini.... Salam merdeka buat semua warga Malaysia.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Ahad, 26 Ogos 2012

Pulau Ketam


Yes! Kami on the ke sana! Nanti kita tengok apa ada disana.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Sabtu, 25 Ogos 2012

Aktor hebat

                                          

Siapa tak kenal pelakon ini? Tipulah kalau pemuda pemudi sekarang tak kenal,hebatnya dia..terkenal/tersohornya dia hingga kini masih ramai peminatnya... Oklah,jangan buang masa kita layan Mohabbatein TV 3

Published with Blogger-droid v2.0.6

Selasa, 21 Ogos 2012

Salam lebaran

                                     
Dalam kita sibuk menyiapkan diri dengan pelbagai rupanya sudah genap 3 hari kita menyambut Aidilfitri. Wah! Meriah sakan semuanya seronok beraya....yang dapat duit raya memang seronok amat! Haahaa kita yang dewasa ni tak kurang seronoknya melihat si kecil yang sibuk dan girang menghitung duit raya. Apa pun jangan abaikan kesihatan diri,jaga pemakanan dan jangan lupa makan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Rabu, 25 Julai 2012

Bonus raya Vs duit raya

Dr google

Semua senyum sampai telinga....makan sesuap pun dah kenyang,gara-gara tengok hebahan berita TV3. Tahniah kepada kakitangan perkhidmatan awam,khabar rm500 bakal digenggam. Banyak tu...bonus raya ...duit raya jangan lupa pula BAYAR ZAKAT>>>) Tunggu 9 Ogos 2012 ni baru boleh kan! Sekarang gunalah secara berhemah gaji yang baru dapat tadi.BERJIMAT-CERMAT AMALAN KITA.

Selasa, 24 Julai 2012

Kiriman fb kawan


Berhati-hati sepanjang bulan ini ....kerana apa? Banyak perkara yang menarik pasti berlaku disekeliling kamuPertahankan hati atau nafsu makan terutama sekali semasa membeli juadah berbuka di pasar ramadhan. Ingat kita makan bukannya banyak pun,janganlah membazir belilah ikut keperluan keluarga.Kalau...kalau...kalau berkesempatan masaklah,mungkin lebih seronok dengan bantuan anak-anak. Kalau tak sempat nak buat macam mana,pasar ramadhan pilihan terbaik.Ingat kawal nafsu...beli ikut keperluan...elakkan pembaziran.


Isnin, 23 Julai 2012

Sabtu, 21 Julai 2012

Salam Ramadhan

Fb kawan